Hubungan diplomatik antara United Kingdom dan Malaysia Parti_Konservatif_(UK)

Menurut Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz daripada IDEAS menyatakan beberapa orang pemimpin Parti Konservatif juga membantu Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya David Gammans dan Lord Marchwood berjasa menolong para pejuang kemerdekaan menentang Malayan Union.Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara dengan Perdana Menteri daripada Parti Konservatif Edward Heath. Perjanjian ini terus memberi manfaat kepada negara Malaysia. Margaret Thatcher dan John Major pernah melawat Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri United Kingdom. Malangnya Tony Blair, bekas Perdana Menteri Parti Buruh hanya melawat Malaysia setelah pencen. Malah Tony Blair menyokong George W. Bush habis-habisan semasa mahu menjajah Iraq pada 2003.

Prinsip 1Malaysia juga menyamai konsep "Konservatisme Satu Negara (One Nation Conservatism)" yang diperkenalkan oleh Margaret Thatcher. Pada 1986, Margaret Thatcher menyatakan dasar Penswastaan dipelajari dan dikuti dari Malaysia hingga ke Mexico.

Dasar liberalisasi pasaran di Britain yang dipelopori oleh Margaret Thatcher membawa kepada pembangunan yang pesat. Margaret Thatcher berjaya menyekat penganut fahaman sosialis dan marxist dalam pelbagai kesatuan sekerja yang cuba menghalang pembangunan.[6]